fbpx

Mai Shiranui Telah Tiba! Watak Kolaborasi Crystal of Atlan x The King Of Fighters ’98 Tiba Pada 27 Ogos Bersama Cabang Class Baharu Fighter, Sugariff!

Crystal of Atlan, dibangunkan oleh NUVERSE, kini bekerjasama degan The King Of Fighters ’98, permainan yang iktiraf ramai sebagai kemuncak siri KOF dalam kalangan fanbase-nya. Crystal of Atlan adalah permainan aksi-RPG magicpunk dengan fungsi kooperasi dan rentas-platform untuk PC dan mudah alih. Sistem pertarungannya telah menerima banyak pujian daripada para pemain kerana ia mempunyai visual yang sangat terperinci dan impak serangan yang autentik. Anda boleh menggunakan pelbagai class lain tanpa perlu menggunakan sistem gacha. Anda juga boleh melatih dan sesuaikan watak-watak untuk hasilkan sesuatu yang unik. Tidak kira jika anda hanya mahukan pengalaman pertarungan PvP mahupun kooperaasi dalam PvE, permainan ini yang menggabungkan tarikan daripada genre MMO dan RPG pasti ada sesuatu yang menarik untuk semua orang.

Gadis ninja yang telah menguasai gaya Shiranui telah tiba ke dunia Atlan. Dengan menggabungkan kecantikan menawan dan kekuatan luar biasa, kehadirannya yang memukau memikat hati semua yang berpapasan dengannya. Estetik pertempuran yang diwarisi daripada permainan pertarungan legenda menyatu sempurna dengan sentuhan khas Crystal of Atlan untuk aksi mengujakan, menawarkan pengalaman kolaborasi yang setia menghormati legenda klasik.

Kolaborasi The Crystal of Atlan x The King of Fighters ’98 bermula secara rasmi pada 27 Ogos
Tempoh Acara: Khamis, 27 Ogos 2026 (selepas penyelenggaraan) – Khamis, 17 September 2026 (sebelum permulaan penyelenggaraan)
 
Kandungan Acara Kolaborasi Waktu Terhad
 

Acara Log Masuk [Flame Dance Pact]

Acara log masuk istimewa: Log masuk selama 8 hari berturut-turut untuk menerima ganjaran hebat, termasuk bingkai avatar terhad kolaborasi “Crimson Firefan” dan gelaran terhad kolaborasi “Dancing With Flames.”

Acara Kolaborasi Crystal of Atlan x The King Of Fighters ’98 “Dancing With Flames” Kini Tiba!

- Iklan -

Mai Shiranui turut serta bertarung di medan pertempuran sebagai “combat NPC,” dengan menggunakan ninjitsu untuk bernari-nari merentas api dan mencabar para Adventurer. Acara ini merupakan pertarungan lima pusingan; menang untuk dapatkan emote terhad, aura terhad “Flaming Ring,” aksesori “Butterfly Fan” dan banyak ganjaran lain.
Tempoh Acara: Khamis 27 Ogos, 2026 (selepas penyelenggaraan) – Khamis 17 September, 2026 (sebelum penyelenggaraan)
Saksikan tatamain Mai Shiranui:

Pakaian dan “pet” terhad The King Of Fighters ’98 juga akan tersedia

 

Pakaian eksklusif Mai Shiranui “Flaming Butterfly” Untuk Fighter & Musketeer Telah Tiba

Mari turut serta bernari-nari dalam pesta peretempuran yang menjangkau dunia!

Pakaian eksklusif Mai Shiranui “Flaming Butterfly,” yang direka khas untuk model wanita dewasa dalam kelas Fighter dan Musketeer, akan datang tidak lama lagi.
Cara peroleh: Tersedia daripada “Flaming Butterfly Bundle” selepas penyelenggaraan, Khamis 27 Ogos 2026.
Saksikan treler pakaian Mai Shiranui:

 
Gacha terhad “pet” watak chibi “Mai Shiranui” Kini Tiba
Ninja wanita daripada aliran Shiranui dengan kekuatan dan kecantikan yang memukau jiwa.

- Iklan -

Tempoh acara: Khamis 27 Ogos, 2026 (selepas penyelenggaraan) – Khamis 28 Oktober, 2026 (sebelum penyelenggaraan)
Saksikan treler “pet” Mai Shiranui:

Class cabang baharu untuk Fighter, Sugariff, kini tersedia
“Ni baru betul muzik!”
 
Sugariff mahir menggunakan muzik untuk meningkatkan kuasa letupan dirinya sendiri, melepaskan tumbukan pantas dan tendangan ganas selari dengan rentak. Kombinasi serangannya mengaum seperti dentuman gendang, menghancurkan lawannya dalam sekelip mata.

Selepas penyelenggaraan pada hari Khamis, 27 Ogos 2026, siri acara pertumbuhan watak “Exlosive Debut” akan bermula secara rasmi.

Sertai acara eksklusif Sugariff seperti “Idol Training”, “Bassdrop Codex”, “Punk Sonic,” dan “Carnival Tour”. Selesaikan Quest, cabaran berpasukan, dan permainan Bingo untuk memperoleh ganjaran lumayan, termasuk kotak bekalan Gear, baucar penambahbaikan, bahan guha Kerjasama Dungeon, dan bahan pertumbuhan, memacu watak baru anda ke tahap kuasa dengan lebih pantas.

Sugariff merupakan gadis yang tinggal di bandar Port Islands. Tiada pentas yang penuh kilauan di sini, hanya lorong-lorong sempit yang penuh dengan bau minyak engine dan sebuah radio boombox usang. Tapi inilah titik mula muziknya, jalanraya berubah menjadi pentas persembahan, malah nafasnya juga menjadi irama.

- Iklan -

Sugariff suka apa jua jenis bunyi, gendangan, alunan nada DTM, sorakan orang ramai, dan muzik rock yang menggetarkan jiwa… Bagi dia, muzik ialah sebuah peperangan untuk mengespresikan jiwa. “Aku benci muzik yang kita boleh agak apa rentak bunyianya!” Itulah prinsipnya dalam menulis lagu.

Untuk menghasilkan gayanya tersendiri, Sugariff bereksperimen tanpa henti, kadang-kadang di tepi jalan, adakalanya di bilik belakang dalam kedai alatan muzik, hanya dengan menggunakan penumbuk dan rentaknya untuk mencari inspirasi.

Suaranya berapi dan tak tertapis, seolah dia menjerit kepada dunia “Aku di sini!”

Akhirnya, Sugariff menjejak pentas di LINE MUSIC FEST, membawakan persembahan yang memukau orang ramai dan melenyapkan segala keraguan. Buat pertama kali, dia telah hasilkan muzik yang menggegarkan seluruh bandar yang sebelum ini senyap.

Tentang Nuverse

Nuverse adalah syarikat pembina dan penerbit permainan berkhidmat kepada pengguna dan pembangun global. Dengan hasrat untuk menyediakan perkhidmatan kepada para pemain seluruh dunia, kami komited terhadap pembinaan permainan terbaik, pembinaan komuniti pemain dan dalam memberikan pengalaman permainan yang seronok, menarik dan memilukan kepada semua.

Tentang Crystal of Atlan

Permainan rentas-platform magicpunk combo action RPG yang dibina oleh VI-GAMES, studio pembinaan di bawah Nuverse. Selaku ahli “Thornbird Adventures’ Guild,” para pemain bakal teroka benua Atlan, dunia yang penuh dengan teknologi dan magic, selami rahsia disebalik “Crystal of Atlan”, sumber segala tenaga, dan bawakan kembali keamanan kepada dunia.

Download Now:https://playcoa.onelink.me/cacd/tzitd0sh

Official Facebook: https://www.facebook.com/CrystalofAtlan

Discord: https://discord.com/invite/tWEcmGhWgv

Official Website: https://coa.nvsgames.com/

YouTube: https://www.youtube.com/@CoA_Global

TikTok: https://www.tiktok.com/@crystalofatlan.PH

Ins:https://www.instagram.com/crystal_of_atlan/

Kiriman ini dibawakan kepada anda oleh Crystal of Atlan.

- Iklan -