fbpx

10 Permainan Berbaloi Dibeli Dari Epic Mega Sale

Epic Games Store sedang menawarkan promosi Epic Mega Sale yang membawakan pelbagai tawaran diskaun besar kepada beberapa permainan terkenal. Malah, mereka juga turut menawarkan kupon USD $10 untuk permainan berharga USD $14.99 keatas, sekaligus memberi jumlah diskaun yang lebih besar dan berbaloi dibeli.

Kupon tersebut boleh digunakan pada permainan yang mendapat diskaun, selagi harganya lebih dari $14.99, ianya layak untuk mendapatkan diskaun tersebut. Satu lagi kupon $10 akan diberi selepas pembelian dibuat, maka anda boleh menggunakan kupon tambahan untuk pembelian seterusnya.

Maka untuk memudahkan anda semua, kami menyenaraikan 10 permainan yang kami rasa berbaloi untuk dibeli sepanjang tawaran ini.

Permainan Yang Layak Dengan Kupon USD $10:

  • Star Wars Jedi: Fallen Order – RM38.46
  • Borderlands 3 – RM54.34
  • Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint – RM28.24
  • The Division 2 – Warlords of New York Edition – RM78.49
  • The Outer Worlds – RM83.71
  • Metro Exodus – RM32.59
  • Anno 1800 – RM65.22
  • WRC 8 – RM29.54
  • Assassin’s Creed Odyssey – RM29.67 (Atau RM78.49 untuk versi Gold)
  • Assassin’s Creed Origins Deluxe Edition – RM21.71 – (Atau RM40.20 untuk versi Gold)

*Penukaran mata wang adalah berdasarkan USD $1 = RM 4.35. Ianya mungkin berbeza mengikut kadar bank masing-masing.
**Harga ditunjuk adalah selepas diskaun dan kupon USD $10.

Anda juga mungkin meminati permainan dibawah, walaubagaimanapun, ianya tidak layak untuk pembelian bersama kupon USD $10.

  • Control – RM63.04
  • The Division 2 – RM35.85
  • Journey To The Savage Planet – RM36.50

Anda boleh layari laman web Epic Games Store disini. Dan jangan lupa untuk menuntut kupon terlebih dahulu.

Semestinya tawaran diberi agak menarik bagi kami, dan jangan lupa juga permainan GTA V diberikan secara percuma.

Tawaran Epic Mega Sale akan tamat pada 11hb Jun ini.

- Iklan -

Berkaitan

- Iklan -

Komen