Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

17 Senarai Pengumuman Yang Dibuat Di The Game Awards 2017

119

The Game Awards 2017 ternyata diperbaiki dengan memberi pertunjukkan yang agak dikagumi, khususnya pelbagai pengumuman dibuat semasa acara yang berlangsung selama 4 jam itu. Dari sekuel, permainan indie dan beberapa maklumat yang membuat peminat teruja dengannya.

Berikut adalah kesemua senarai permainan video yang diumum semasa acara The Game Awards 2017:

1) World War Z

Dari siri novel, kepada filem sehinggalah ke permainan video. Pemain akan alami musuh zombie yang mempunyai kadar pergerakan laju didalam permainan yang dibina oleh Saber Interactive.

2) Vacation Simulator

Bosan dengan simulasi kerja di VR? Apa kata kita mula berehat dan bermain permainan simulasi mengenai percutian pula dengan peranti VR anda. Pemaju Owlchemy Labs akan membawakan permainan ini kepasaran pada 2018. Ini adalah permainan pertama mereka yang dibeli oleh Google.

3) Accounting+

Lagi satu permainan VR, namun lebih aneh dan pelik. Dibina oleh salah satu pasukan disebalik Stanley Parable, permainan ini akan menggunakan suara dari Ricky & Morty’s Justin Roiland. Permainan ini akan dipasarkan untuk PS VR dan PC.

- Iklan -

4) Video Pendek Oleh FromSoftware (Kemungkinan Bloodborne 2?)

Sebuah video pendek dipaparkan oleh FromSoftware, sebuah pemaju yang membinat permainan seperti Blodborne dan Dark Souls. Dengan perkataan “Shadows Die Twice”, adakah ianya Bloodborne 2?

Persoalan tersebut masih belum dirungkai.

5) The Champions’ Ballad DLC Untuk The Legend Of Zelda: Breath Of The Wild

DLC kedua untuk permainan akan membawa lebih banyak kandungan jalan cerita. Pemain juga boleh menggunakan motorsikal untuk Link menunggangnya selepas pemain menghabiskan kesemua DLC. Menariknya, ianya boleh dipakai sebaik selepas pengumuman dibuat.

6) Soul Calibur VI

Harada-san memperkenalkan produser baharu untuk sekuel yang dinanti-nantikan orang ramai melalui pentas acara ini. Video trailer julungkalinya juga dipaparkan kepada umum. Soul Calibur VI akan mengambil tempat yang sama dari permainan siri asal, maka Sophitia kembali dan karakter seperti Mitsurugi akan tampak lebih muda dari siri sebelumnya.

7) Star Wars Battlefront II The Last Jedi Season

Jikalau anda masih bermain Star Wars Battlefront II, EA akan menyediakan kandungan baharu, berkait dengan filem Star Wars baharu di panggung wayang. Ini adalah salah satu season yang pertama dari banyak kandungan akan hadir dari siri kontroversi ini.

- Iklan -

8) Fortnite Battle Royale – 50 VS 50

Kandungan ini akan disediakan pada waktu terhad (sehingga 17hb Disember), Fortnite Battle Royale akan memberi peluang kepada pemain untuk bertarung didalam bilangan yang besar.

9) Fade To Silence

Permainan baharu dari THQNordic, menyediakan elemen survival. Ianya akan hadir dalam waktu terdekat, iaitu pada 14hb Disember nanti.

10) Bayoneta 1 & 2 Dibawa Ke Switch, Serta Pengumuman Bayonetta 3 Sebagai Eksklusif Untuk Switch

Selepas dipaparkan kepada umum beberapa kali, ianya kini terungkai. Bayonetta 2 akan hadir ke Nintendo Switch pada 16hb Februari nanti dan didatangkan sekali dengan Bayonetta 1 secara percuma. Manakala Bayonetta 3 ternyata benar namun hanyalah eksklusif untuk Switch.

11) Trailer Baharu Death Stranding

Ianya ternyata…..berbeza.

12) Tarikh Pelancaran Sea Of Thieves

Permainan co-op yang bertemakan lanun ini sudah sedia untuk dipasarkan. Selepas projek pembinaannya yang agak lama oleh Rare ini akan mula dipasarkan pada 23hb Mac tahun hadapan. Ianya sebuah permainan eksklusif untuk Xbox One dan Windows 10.

13) Witchfire

Selain dari video trailer yang mengagumkan, Witchfire adalah sebuah permainan baharu dari The Astronauts, sebuah pemaju yang membina permainan The Vanishing Of Ethan Carter. Mereka juga pernah membina Painkiller dan Bulletstorm.

14) Tarikh Pelancaran A Way Out

Pengarah A Way out, Josef Faris mengumumkan tarikh pelancaran permainan video beliau dengan video trailer baharu kepada umum. Permainan pengembaraan split-screen ini akan mula dipasarkan pada 20hb Mac nanti.

15) Dreams

Permainan sandbox oleh Media Molecule ini agak senyap sekain lama, sehinggalah video baharu dipapar pada acara TGA 2017. Ianya akan dipasarakan pada 2018.

16) GTFO

Perkataan tersebut bukanlah apa yang anda fikir, ianya adalah nama permainan baharu co-op FPS dengan elemen seram oleh syarikat pemaju siri Payday.

17) Metro Exodus

Lagi satu video untuk sekuel siri Metro, ianya lebih kepada pengalaman pemain meneroka kereta bawah tanah atas tujuan pencarian tempat yang lebih baik didiami pada zaman pasca-apokalips.

Maka, adakah senarai diatas menarik minat anda? Kongsikan pendapat anda melalui ruangan komen dibawah.

Artikel Asal: Gamer Matters