Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

3 Tarikh Jualan Steam Tertiris – Terdekat Adalah 26hb Oktober Nanti

1

Siap sedia wahai pemain PC sekalian, sudah tiba masanya untuk menambahkan koleksi permainan video Steam anda.

Mengikut dari sumber pihak pemaju, melalui laman web Kotaku, 3 tarikh untuk jualan Steam telah tertiris dan ianya berkemungkinan benar. Jualan terdekat adalah Halloween yang akan diadakan pada 26hb Oktober nanti. Berikut adalah maklumat mengenai tarikh jualan yang dinyatakan diatas:

Jualan Steam Halloween: 26hb Oktober – 1hb November 2017

Jualan Steam Autumn: 22hb November – 28hb November 2017

Jualan Steam Winter: 21hb Disember 2017 – 4hb Januari 2018

Mengikut dari tarikh diatas, jualan Autumn berkemungkinan akan digabungkan dengan jualan terkenal, Black Friday.

Walaubagaimanapun, kami beranggap jualan diatas tidaklah sebesar jualan Steam Summer yang menyediakan katalog diskaun lebih besar dan menarik perhatian.