fbpx

“365 Days Gone” – Berikut Adalah Infografik Selepas Setahun Pelancaran

Semalam tercatat rekod sebagai ulang tahun pelancaran permainan Days Gone, sebuah permainan dimana pemain berada di Oregon USA, 2 tahun selepas wabak pandemik berlaku, menyebabkan berbilion manusia menukar kepada Freakers, sejenis makhluk seakan zombie.

Studio pembangunnya, Bend Studio menyambut ulang tahun selepas pelancarannya dengan memuat naik infografik bertajuk “365 Days Gone”, dengan membawakan statistik pemain dan beberapa statistik menarik seperti 200 juta jam masa dihabiskan oleh pemain seluruh dunia.

Malah, untuk penggemar trofi, catatan direkod sebanyak 100 juta trofi telah diperoleh oleh pemain. Bagi kami, ianya satu jumlah yang banyak. Pemain juga tidak ketinggalan menikmati keupayaan mod gambar permainan ini dari segi beginner sehingga pengguna advance.

Statistik-statistik lain juga dipaparkan yang lebih memfokuskan kepada permainan tersebut seperti jumlah musuh dibunuh ataupun kem diserang. Anda boleh lihat infografik penuh disini.

Days Gone dilancarkan pada 26hb April untuk konsol PS4 secara eksklusif. Permainan ini mendapat markah 8.8 / 10 oleh rakan kami dari Gamermatters.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -