fbpx

4 Sebab Mengapa Kad Grafik Siri RTX 30 Hangat Didebat Sekarang

Jikalau anda masih lagi tidak ketahui, pasaran PC sekarang sedang hangat apabila Nvidia melancarkan siri kad grafik generasi baharu mereka, RTX 30. Didalam siri tersebut, ianya adalah RTX 3070, RTX 3080 dan juga RTX 3090.

Mungkin anda tertanya-tanya, sebab utama mengapa pelancaran kad baharu ini secara tiba-tiba menjadi tren didalam medial sosial bukan?

Jom lihat 5 sebab mengapa ianya satu berita hangat sekarang.

2X Lebih Berkuasa

Apabila Nvidia mengumum dengan carta prestasi RTX 30, kami kagum dengan jumlah perbezaan yang bakal diberi oleh kad RTX 30 berbanding dengan RTX 20. Malah, Nvidia sendiri berkata, “ianya adalah satu loncatan tertinggi antara generasi didalam sejarah GeForce”.

Klik sini untuk skala penuh.

Mengikut dari graf diatas, kita dapat lihat perbezaan ketara kuasa yang mampu dijana oleh RTX 3070 dan RTX 3080 berbanding dengan RTX 2070 Super dan RTX 2080 Super. Ternyata teknologi baharu mereka, Ampere membawakan prestasi hebat dan turut disertakan teknologi RTX.

Dengan loncatan prestasi ini juga, isu “bottleneck” untuk permainan 4K 60fps nampaknya tidak menjadi penghalang kelak.

Tawaran Harga Sama Dengan Siri RTX 20

Apa yang lagi menakjubkan adalah Nvidia bakal menawarkan harga yang sama seperti apa yang ditawarkan pada generasi yang lepas.

- Iklan -

Sebagai maklumat, berikut adalah senarai harga kad grafik Nvidia GeForce siri RTX 30:

  • GeForce RTX 3070 – Bermula dari RM2,399 (Dilancarkan pada Oktober 2020)
  • GeForce RTX 3080 – Bermula dari RM3,360 (Dilancarkan pada 17hb September 2020)
  • GeForce RTX 3090 – Bermula dari RM7,208 (Dilancarkan pada 24hb September 2020)

Seperti anda boleh lihat, RTX 3070 dijual pada harga yang sama seperti 2070 Super, namun mampu menyaingi dengan kad grafik RTX 2080 Ti yang dijual jauh lebih mahal dipasaran sekarang.

Sudah semestinya jikalau kita lihat dari perspektif pengguna, harga yang ditawarkan masih lagi tinggi, namun atas ketiadaan pesaing untuk kad skala prestasi tinggi dipasaran setakat ini, keputusan Nvidia menawarkan harga yang sama harus dipuji.

RTX 3090 Adalah Kad Titan Baharu

Selain dari kad RTX 3070 dan RTX 3080, Nvidia juga mengumumkan kad grafik khas untuk warga bangsawan yang akan beli kad grafik paling tertinggi melalui pemikiran “no compromise”. Kad tersebut adalah RTX 3090, yang bakal menggantikan kad Titan RTX dari segi prestasi mahupun harga jualan.

RTX 3090 diperkatakan akan mempunyai penjanaan prestasi 50% lebih dari Titan RTX. Malah RTX 3090 juga mampu bermain permainan pada skala 8K dengan kelajuan 60fps.

Sebagai perbandingan, Titan RTX dijual pada harga RM20,000 dan keatas, manakala

Kad Grafik Terpakai Bakal Dijual Pada Harga Murah

Oh topik ini mungkin agak kontroversi, namun kita semua harus terima kenyataan (termasuk saya sendiri sebagai pemilik kad RTX 2070 Super semenjak Januari lepas) bahawa kad generasi sebelum, khususnya RTX 20 bakal menerima penurunan harga yang mendadak didalam pasaran terpakai atas harga yang ditawarkan untuk RTX 30 adalah sama dan lebih berkuasa.

Namun untuk pengguna, kami rasa pendekatan Nvidia adalah satu perkara yang baik untuk penawaran harga yang sama dengan generasi lepas.

Kekurangan pesaing untuk kad grafik kuasa tinggi membolehkan Nvidia untuk mengenakan harga yang tinggi, namun mereka membuat keputusan untuk menyamai harga mahupun dengan kuasa yang berganda.

- Iklan -

Apakah pendapat anda? Adakah RTX 30 bakal merancakkan lagi industri permainan PC?

Berkaitan

- Iklan -

Komen