fbpx

5 Gaming Youtubers Di Malaysia

Kami tahu anda semua suka melayan video daripada PewDiePie, TheRadBrad, GameRiot ataupun GhostRobo. Melihat video walkthrough atau gameplay sememangnya salah satu yang pasti kita buat sebelum membuat keputusan untuk membeli game tersebut. Dalam masa yang sama, interaksi antara Youtubers dan peminat amatlah penting untuk menghiburkan jiwa penonton.

Berikut adalah 5 Gaming Youtubers di Malaysia berdasarkan senarai kami di GamerMalaya.

Nota#1: Tiada kriteria yang ditetapkan dengan senarai ini.
Nota #2: Senarai ini adalah untuk Youtubers Gaming didalam Bahasa Malaysia

#1: Mat Aiman

Yup, Mat Aiman, salah seorang Youtubers yang terkenal dengan sesi gaming spontan beliau. Mempunyai jumlah subscriber lebih dari 4,900.

Youtube | Facebook

#2: Naked Monkey

Lagi seorang yang berbakat didalam bidang video untuk gaming. Naked Monkey. Mempunyai banyak video spontan sesi gaming beliau, melalui platform PC.

Youtube

- Iklan -




#3: Modded Minecraft Malaysia

Minat Minecraft? Atas usaha sama dari komuniti NerdGamingMalaysia membuat video ala-drama untuk game Minecraft didalam Bahasa Malaysia. Video yang dimuat-naik amat konsisten dan menarik. Kini mereka mempunyai lebih dari 4,100 subscriber.

Youtube | Facebook

#4: safwangba

Lagi seorang youtubers yang patut kami share. Banyak game terkini beliau bermain untuk channelnya. Seperti Project CARS, Hardline dan banyak lagi. Agak lama di arena Youtube, semenjak tahun 2007.

Youtube | Facebook

#5: Exkowizer Pro

Brothers! Whats up Gamers? Itu adalah perkataan yang sering kali kita dengar dari beliau. Video lebih kepada nyah-kotak dan pandang pertama khususnya untuk siri koleksi terhad.

Youtube

Berikut adalah beberapa Youtubers yang mana kami harap mereka akan menjadi lebih berjaya pada masa akan datang. Ya, Negara kita mempunyai banyak bakat dan semestinya didalam bidang pembuatan video didalam pelayar Youtube.

- Iklan -

AKAN DATANG:

ProjekMalaya, sebuah laman web inisiatif oleh GamerMalaya untuk kami berkongsi kepada pembaca-pembaca kami akan datang didalam arena gaming Malaysia ini 🙂

Hubungi kami di gamermalaya.my@gmail.com.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani Telegram, Discord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani Telegram, Discord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -