Kami menerima banyak permintaan dari pembaca kami untuk mengesyorkan laptop / komputer riba “gaming” khususnya kepada yang mempunyai modal yang rendah. Maka berikut adalah 5 komputer riba yang kami ingin syorkan kepada anda untuk bajet dibawah RM3,000.
*Harga mungkin berbeza dari semasa ke semasa. Ianya adalah tepat pada masa artikel ini ditulis.
5) Inspiron 15 5000 (5567)
Intel® Core™ i5-7200U (Generasi Ke-7) | AMD Radeon™ R7 M445 | 8GB RAM
Salah satu komputer riba yang dilengkapi dengan cip pemprosesan generasi ke-7 (Kaby Lake) didalam rangka harga bawah RM3,000. Dell Inspiron 15 yang diperkenalkan sebagai komputer riba media, ianya didatangkan dengan spesifikasi yang agak baik, seperti cip pemprosesan yang berkelajuan tinggi (kelajuan sehingga 3.10 GHz), memori RAM yang besar dan juga kad grafik siri R7 M445.
Untuk sesi permainan, ianya masih lagi dibawah kategori yang agak lemah dari permainan video AAA yang terkini. Namun ianya tidak menjadi masalah untuk pemain yang gemar bermain permainan seperti Counter Strike: Global Offensive ataupun Dota 2.
Pandangan positif kami:
- Mepunyai cip premprosesan Intel terkini dengan kelajuan yang tinggi.
- Dijual oleh Dell, syarikat yang terkenal dengan kualiti servis pelanggan yang baik.
Pandangan negatif kami:
- R7 M440 adalah sebuah kad grafik yang agak lemah untuk permainan AAA kini.
- Resolusi skrin yang bukan Full-HD agak mengecewakan.
Harga: RM 2,899 – Laman web Dell
4) Acer Aspire E 15 E5-575G
Intel® Core™ i5-7200U (Generasi Ke-7) | NVIDIA® GeForce® 940MX | 1TB HDD
Sama seperti Inspiron 15, Aspire E juga didatangkan dengan cip pemprosesan yang sama, namun mempunyai kad grafik yang lain. 940MX ternyata mempunyai prestasi lebih baik dari R7 M440 dari Dell Inspiron 15. Skrin komputer riba ini juga lebih baik dengan resolusi full HD untuk manfaatkan kebaikan kad grafik tersebut.
Pelbagai pilihan warna juga diberikan bergantung kepada personaliti pembeli masing-masing.
Seperti gambar diatas, Aspire E 15 mampu bermain permainan AAA kini dengan tetapan kualiti dari low kepada high.
Pandangan positif kami:
- Mepunyai cip premprosesan Intel terkini dengan kelajuan yang tinggi.
- Kad grafik 940MX ternyata memuaskan untuk gaming didalam tetapan low kepada high.
Pandangan negatif kami:
- Memori RAM yang agak rendah – 4GB
Harga: RM2,279 – Laman web Lazada
3) MSI CX62 6QD
Intel® Core™ i5-6300HQ (Generasi Ke-6) | NVIDIA® GeForce® 940M | 128GB SSD
Jenama MSI memang agak relevan didalam dunia gaming. Dari komponen PC seperti kad grafik, motherboard sehinggalah komputer riba itu sendiri. Kebiasaannya kita semua tahu, komputer riba mereka amat bagus dan pilihan yang terkenal dikalangan gamers, namun dengan harga yang amat mahal.
Namun mereka juga menyediakan komputer riba gaming khusus untuk pemain yang mempunyai bajet yang rendah. Didatangkan dengan cip pemprosesan i5-6300HQ, ianya mempunyai prestasi yang memuaskan sehingga kelajuan 3.2 GHz. Kad grafik pula adalah GTX 940M, sebuah kad grafik yang mempunyai prestasi hampir sama dengan GTX940MX seperti gambar tanda aras dibawah:
Pandangan positif kami:
- Kad grafik 940M agak memuaskan untuk gaming didalam tetapan low kepada high.
- Didatangkan dengan storan SSD.
Pandangan negatif kami:
- Storan yang amat kecil – 128GB
- Memori RAM yang agak rendah – 4GB
Harga: RM2,899 – Laman web Lazada
2) Asus A556U-RXX042T
Intel® Core™ i5-6200 (Generasi Ke-6) | NVIDIA® GeForce® 930MX | 1 TB HDD
Asus ternyata salah satu jenama pilihan untuk komputer riba mampu milik dengan binaan yang cantik. A556U tidak terkecuali, dijual pada tag harga termurah didalam senarai ini, ianya mempunyai kualiti binaan yang agak cemerlang khususnya dengan sentuhan material metal-brush untuk menampakkan lagi faktor premium kepada komputer riba ini.
Malah, spesifikasi diberikan juga agak memuaskan, dari cip pemprosesan, kad grafik dan juga storan yang besar.
GTX 930MX adalah sebuah kad grafik yang mempunyai ciri dan prestasi hampir sama dengan model lain yang kami nyatakan diatas. Berikut adalah tanda aras dibuat untuk rujukan:
Pandangan positif kami:
- Harga yang agak rendah dengan spesifikasi diberi.
- Rekaan bentuk dengan sentuhan material metal-brush.
Pandangan negatif kami:
- Memori RAM yang agak rendah – 4GB
Harga: RM2,059 – Laman web Lazada
1) Lenovo Ideapad 700
Intel® Core™ i7-6200HQ (Generasi Ke-6) | NVIDIA® GeForce® GTX 950M | 1 TB HDD
Bagi kami, ini adalah komputer riba yang paling berbaloi untuk sesiapa yang mempunyai bajet dalam lingkungan RM3,000. Ianya mempunyai cip pemprosesan i7-6200HQ, dengan kelajuan sehingga 3.5GHz dan juga didatangkan dengan kad grafik GTX 950M sekaligus Ideapad 700 adalah sebuah pakej yang sempurna.
Terima kasih kepada GTX 950M, ianya membantu untuk mendapatkan kualiti antara medium kepada high dengan tanpa masalah untuk permainan AAA kini.
Pandangan positif kami:
- GTX 950M masih mampu bermain permainan video AAA kini dengan kualiti dari sederhana ke tinggi.
- Cip pemprosesan Intel i7-6200HQ, sebuah cip diklasifikasikan berkuasa tinggi amat sesuai untuk gaming.
Pandangan negatif kami:
- Memori RAM yang agak rendah – 4GB.
Harga: RM2,799 – Laman web Lazada
Jikalau anda mempunyai wang lebih dari bajet RM3,000 anda, mungkin anda meminati komputer riba yang lain dengan kad grafik GTX 960M seperti dibawah:
MSI GL62 6QF – Tambah RM800+ – Laman web Lazada
Intel® Core™ i7-6700HQ (Generasi Ke-6) | NVIDIA® GeForce® GTX 960M | 1 TB HDD
Acer Aspire V Nitro – Tambah RM200+ – Laman web Lazada
Intel® Core™ i5-6300HQ (Generasi Ke-6) | NVIDIA® GeForce® GTX 960M | 1 TB HDD
Lenovo Y-700 Gaming – Tambah RM800+ – Laman web Lazada
Intel® Core™ i7-6700HQ (Generasi Ke-6) | NVIDIA® GeForce® GTX 960M | 1 TB HDD
Maka, apakah pendapat anda? Adakah anda bersetuju dengan senarai diatas? Adakah ianya membantu untuk anda membeli komputer riba untuk permainan video anda? Atau anda mempunyai cadangan terhadap komputer riba yang lebih baik yang kami mungkin terlepas dari artikel ini? Tuliskan komen anda dibawah!