7 Permainan Baharu Akan Diumum Oleh Sony Pada Paris Games Week

Now Reading
7 Permainan Baharu Akan Diumum Oleh Sony Pada Paris Games Week

Paris Games Week akan mula membuka tirai pada minggu hadapan, dan syarikat seperti Sony telah bersedia untuk mengumumkan beberapa berita yang kami anggap agak besar bagi peminat. Sesi media ini akan diadakan pada 30hb Oktober (1hb November, 12AM Waktu Malaysia) oleh Sony nanti.

Serupa seperti sidang media E3 yang lepas, pengumuman mereka akan dibuat sejam sebelum acara bermula dengan “kemaskini mengenai 21 permainan video sedia ada dan 7 pengumuman permainan video serba baharu”.

Sony masih lagi mempunyai beberapa permainan yang masih lagi didalam proses pembangunan seperti Detroit: Become Human, sebuah permainan dibangun oleh Quantic Dream yang terletak di Perancis, Days Gone oleh Sony Bend, mahupun permainan God Of War, The Last OF Us Part II dan Spider-Man oleh Marvel akan disentuh didalam pengumuman tersebut.

Striman secara langsung boleh ditonton melalui live.playstation.com, atau melalui akaun sosial Sony seperti Twitch, YouTube dan Facebook mengikut dari waktu dan tarikh disebut diatas.

Artikel asal: Gamer Matters

About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen