fbpx

82% Pra-beli Konsol Gen-Baharu Di US Adalah PS5, Xbox Series Pada 18%

Tinjauan dibuat oleh syarikat penganalisa VGM (sumber dari Gamesindustry.biz) melaporkan data yang agak menarik mengenai status permintaan dari jualan pra-beli yang sedang berlaku di US sekarang.

Dari laporan tersebut, nampaknya konsol gen-baharu Sony, PS5 sedang mendahului dengan peratusan yang besar, iaitu pada paras 82%, manakala Xbox Series X dan S pada paras 18%. Dari pecahan peratus diatas, 72% dari jumlah pra-beli PS5 adalah versi dengan slot cakera berbanding dengan 10% untuk versi digital. Namun jurang antara Xbox Series X dan S agak hampir sama iaitu 10% untuk Series X dan 8% Series S.

Tinjauan yang dibuat dari 23hb sehingga 25hb September itu mengambil kira dari 511 warga umum yang telah membuat pra-beli konsol masing-masing. Dan ianya juga mempunyai segmen kepada pemain kasual, sederhana dan pemain tegar.

Menariknya, permainan Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, dikuti God of War: Ragnarok dan Final Fantasy XVI adalah faktor utama pembelian PS5. Berbeza pula dengan pasukan hijau dengan Halo Infinite, Fable dan Forza Motorsport 8 sebagai faktor utam pembelian.

Untuk maklumat lanjut mengenai data ini, anda boleh layari Gamesindustry.biz.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -