gamescom Asia 2020 yang sepatutnya menjadi acara julung kalinya akan ditunda pada tahun hadapan, 2021. Ini adalah mengikut kenyataan dari pihak pengajur, Koelnmesse Singapore dengan rancangan asalnya acara ini akan dibuat pada skala besar.
Namun ianya perlu ditunda atas situasi pandemik yang tidak dapat dielakkan.
gamescom Asia akan menggantikan Game Start Asia, sebuah acara pameran permainan video yang memfokuskan pada demografik di Asia Tenggara.
Game Start Asia telahpun menutup tirainya acara tahunanya sebagai tahun ke-6 semenjak dari acara ini bermula pada tahun 2014.
gamescom Asia bakal hadir pada 14hb-17hb Oktober, 2021 di Suntec Convention & Exhibition Centre, Singapura.