fbpx

Acara Masa Terhad Akan Tiba Ke Destiny 2: Guardian Games

Secara kebiasaanya, Destiny 2 akan mempunyai acara-acara yang mudah diramal. Namun tidak pada tahun ini. Bungie baru sahaja mengejutkan pemain dengan acara serba baharu, Guardian Games.

Mengikut dari nama acara dan juga video trailer dibawah, ianya sebuah acara seakan temasya sukan Olimpik. Tiga kelas guardian (Titan, Hunter dan Warlock) akan bersaing untuk mendapatkan status kemenangan (dari salah satu kelas tersebut) yang akan dipaparkan di Tower sepanjang tahun.

Eva dan Zavala selaku penjual utama akan membekalkan cabaran harian kepada pemain. Mesingan eksotik baharu, bernama Heir Apparent dan juga barangan kosmetik karakter baharu boleh didapati. Metallic class item juga akan bertukar mengikuti prestasi kelas itu didalam Guardian Games (sama ada gangsa, perak atau emas) yang akan dipakai sepanjang tahun.

Guardian Games akan mula tiba pada 21hb April dan tamat pada 11hb Mei dan ianya kandungan percuma untuk semua pemain.

Sumber: Bungie


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -