Seperti yang kita tahu, game Pokémon Sun & Moon akan hadir dipasaran pada 18hb November ini khas untuk peminat konsol mudah alih Nintendo 3DS. Buat pertama kalinya, program pelancaran game Pokémon didakan di Malaysia dengan sokongan oleh syarikat Nintendo akan diadakan pada bulan ini. Pokémon Company selaku pengeluar game ini dan Maxsoft juga turut serta menyokong dengan acara ini. Program pelancaran ini akan diacarakan di KDU College, Damansara pada 19hb – 20hb November 2016 jam 10 pagi sehingga 6 petang.
Selain dari majlis pelancaran, pelbagai aktiviti juga akan dibuat seperti perlawanan eSukan, Pokémon Sun & Moon Demo Stations untuk peminat mencuba game ini, demo untuk gajet Pokémon GO Plus dan pelbagai aktiviti lain. Untuk acara eSukan, ianya pernah dikenali sebagai Pokémon VGS(Video Game Championship). Pihak penganjur juga akan membawa panel jemputan dari Thailand, Singapura dan juga Malaysia untuk mengacarakan program perlawanan eSukan ini.
Unit Pokémon Sun & Moon juga akan dijual oleh pengedar game terkenal, Impulse Gaming.
Menariknya, Pokémon Tretta juga akan disediakan buat pengunjung untuk mencuba. Pokémon Tretta adalah sebuah mesin arked game Pokémon yang terkenal di Jepun yang kini julungkalinya dibawa ke Malaysia.
Untuk peminat Pokémon GO pula boleh menghadiri ke acara ini, kerana pihak penganjur akan mengaktifkan “lure” selama 16 jam tanpa henti untuk memudahkan pemain mencari Pokémon disekitar kawasan acara.
“Pokémon adalah perkara yang sangat penting di hati mereka. Pokémon Sun & Moon Official Launch Event akan menjadi tempat dimana peminat-peminat Pokémon boleh berhimpun dan menyambut kegemaran yang sama ” kata Syafiq Nizar Radzi, Pengurus Acara.
Untuk pendaftaran, caj minima RM10/hari akan dikenakan. Namun diskaun pendaftaran awal boleh dibuat dengan RM15 untuk dua hari. Maklumat lanjut, anda boleh layari laman Facebook Event mereka.