Hari yang dinantikan bagi banyak peminat pengembaraan Nathan Drake, Uncharted 4 akhirnya akan mula dipasarkan bermula pada hari esok 10hb Mei 2016 kepada umum. PLAY Interactive, selaku pengedar sah Sony menganjurkan acara pelancaran Uncharted 4 di Sunway Pyramid malam ini.
Acara yang bermula pada hari ini sehingga 15hb May bertempat di Sunway Pyramid LG2, West Wing (Berdekatan dengan restoran Delicious, Nando’s dan butik FOS) dan ianya dibuka kepada umum . Namun acara kemuncaknya adalah pada hari ini bermula dari 10PM dimana pelanggan pra-beli akan mendapat unit Uncharted 4 julungkalinya di Malaysia.
Pelanggan yang telah pra-beli, perlu beratur lebih awal terlebih dahulu sebelum pelancaran pada jam 12 tengah malam. 99 Pelanggan terawal akan mendapat hadiah eksklusif t-shirt Uncharted 4 istimewa dan poster premium.
Cabutan bertuah juga akan dibuat untuk pelanggan pra-beli dengan hadiah yang menarik seperti tiket ke Tokyo Game Show dengan penerbangan pergi-balik, PlayStation 4 edisi terhad Uncharted 4, t-shirt istimewa, alat kawalan dualshock Uncharted 4 dan juga set kepala Roccat Renga.
Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook tentang acara pelancaran ini.