Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Acer Malaysia Memberi Diskaun Besar Pada Monitor Dan Aksesori Lain Dekat Sunway Pyramid Sabtu Ini

151

Peluang terbaik untuk sesiapa sedang mencari monitor atau tetikus gaming dengan bajet yang rendah, kerana Acer Malaysia akan memberi diskaun agak besar kelak. Mereka akan mempunyai acara pertunjukan Sabtu ini di Sunway Pyramid, Blue Concourse (LG2), yang dimana pengumuman Acer Predator Helios 500 turut serta dibuat pada acara yang sama. Namun, diskaun ini hanyalah dijual semasa jam 10am sehingga 12pm. Untuk sesiapa yang tidak berkesempatan, Acer Malaysia juga akan mengadakan acara yang sama pada 1hb Julai.

Pada waktu yang terhad, pelbagai prpduk akan diberi diskaun yang hebat, seperti, Acer EB192Q dan juga ED242QR monitor, dan juga tetikus gaming Predator Cestus 300 dan 500 pada paras harga yang amat rendah.

Berikut adalah senarai penuh mengenai promosi tersebut:

Selain dari itu, pengunjung juga boleh mendapatkan aksesori yang lain dengan harga diskaun. Beberapa laptop lain seperti Spin 5, Swift 3, Swift 5 mahupun dengan edisi Marvel Avenger untuk Swift 3, Nitro 5 dan Aspire 6 juga turut sama mendapat diskaun. Malah, pembeli yang bertuah akan mendapat peluang untuk memenangi hadiah dibawah, dengan pembelian minima RM1,800.

Hadiah pertama : Aspire 6 Marvel’s Avengers: Infinity War Captain America Edition
Hadia kedua : Bag Predator Roll Up Jr.
Hadiah ketiga : Predator Cestus 300

Pemenang akan diumum secara rasmi melalui strim langsung di akaun rasmi Facebook Acer Malaysia.