Pada Jumaat lepas, Acer Malaysia baru sahaja melancarkan siri monitor gaming mereka yang lebih memfokuskan kepada mampu milik dari segi harga dengan fungsi. Siri ET1 yang didatangkan didalam dua saiz, 24 inci dan 27 inci kini telahpun berada dipasaran.
Siri ini didatangkan dengan panel jenis IPS, skrin resolusi Full HD (1920 x 1080) dan menariknya ianya mempunyai saiz bezel yang kecil. Dalam masa yang sama, monitor ini juga membolehkan pengguna untuk melaraskan posisi meyondong dari -5° sehingga ke 20°.
Acer Malaysia menjual dua jenis monitor ini dari harga RM549 untuk 24 inci, manakala RM799 untuk 27 inci.
Dalam masa yang sama, Acer juga mengambil kesempatan untuk melancarkan lagi satu monitor gaming dengan skrin jenis melengkung, iaitu ED273 A. Monitor yang menggunakan panel VA, sebuah panel teknologi Samsung ini akan didatangkan didalam resolusi Full-HD dan mempunyai sokongan teknologi AMD FreeSync. Ianya juga menawarkan kadar penyegaran sebanyak 144Hz dan kelajuan 4ms untuk kualiti GTG (Grey to Grey).
Acer ED273 A boleh didapati dengan harga RM1,099.