Acara CES 2018 kini sedang berlangsung, dan Acer mengumumkan beberapa laptop baharu didalam acara tersebut. Namun salah satu dari barisan model baharu tersebut, Nitro 5 adalah sesuatu yang menarik perhatian kami. Gaming laptop yang diklasifikasikan tahap kemasukan ini mempunyai spesifikasi yang agak baik untuk sesi bermain pada tahun ini. Malah, reka bentuk juga diberi nafas baharu dengan rekabentuk carbon fibre kepada laptop ini.
Bagi sesiapa yang sudah biasa dengan model ini, Nitro 5 sebenarnya sudah berada dipasaran tempatan dengan cip pemproses Intel beserta dengan kad grafik Nvidia. Namun untuk versi 2018 ini, ianya lebih memihak kepada pasukan “merah” untuk spesifikasi utama mereka. Ryzen, cip pemprosesan dari AMD akan dibawa bersama dengan kad grafik Radeon RX560. Sepertimana kita semua tahu, AMD tidaklah terkenal dengan prestasi mereka, namun mampu menyediakan paras harga yang amat rendah.
Selaind dari itu, laptop ini juga membawakan storan SSD bersaiz 512GB, RAM berkapasiti 4GB dan juga skrin jenis IPS bersaiz 15.6″.
Acer Nitro 5 ini akan dijual pada harga $799, atau anggaran pada RM3,194. Ternyata harga ini akan lebih kurang sama dengan harga rasmi Nitro 5 generasi lepas, namun dengan rekabentuk baharu yang lebih menarik kepada pembeli.
Artikel Asal: Gamer Matters