Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Acer Sekali Lagi Mengenakan Jualan Pantas Mereka Sehingga Esok

70

Acer Malaysia sekali lagi memberi tawaran yang menarik perhatian ramai peminat dengan program jualan pantas mereka yang sedang berlaku di Mid Valley hari ini sehingga esok. Acara jualan ini adalah bersempena dengan sambutan Acer Day pada 3hb Ogos yang lepas. Promosi ini mengenakan pelbagai produk syarikat tersebut dengan diskaun yang hebat.

Acara ini masih lagi dijalankan dan dijadualkan tamat pada hari esok, dengan tawaran seperti aksesori Predator Gaming dengan harga dibawah RM100. Selain dari itu, dua jenis monitor juga ditawarkan, seperti KG271, sebuah monitor bersaiz 27 inci dengan kadar segar 1ms dijual pada harga RM499 sahaja.

Namun siap sedia dengan lautan manusia, atas sambungan hangat diterima bersempena dengan promosi Acer ini.

Esok adalah hari terakhir untuk pembeli berpeluang mendapat diskaun menarik dari Acer. Acara ini bertempat di Centre Court, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur dari 10AM – 12PM.

Artikel Asal: Gamer Matters