Akaun PSN Salah Seorang Gamers Digantung Kerana Menggunakan Nama Jihad

Jihad Al-Mofadda, salah seorang gamer PlayStation yang menetap di Arab Saudi mempunyai akaun PSN semenjak dari tahun 2010 telah digantung baru-baru ini oleh Sony atas kerana ID PSN-nya yang menyatakan perkataan Jihad. “iJihaD” adalah ID PSN beliau dimana mengikuti nama penuh beliau sendiri sekaligus menyebabkan kemarahan kepada Al-Mofadda melalui akaun Reddit beliau.

Namun beberapa jam kemudian, Sony memberi maklum balas bahawa beliau boleh mendapat semula akses kepada akaun beliau yang mempunyai lebih dari 180 jenis game akan tetapi dengan nama ID yang lain berbanding sebelumnya.

Mengikut dari temu ramah beliau melalui emel dengan laman web Polygon, Al-Mofadda telah menggunakan akaun PSN dengan ID “iJihaD” selama 6 tahun sebelum digantung atas sebab melanggar salah satu Terma & Syarat dari PSN. Beliau juga menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai akses kepada game beliau dan juga rekod simpanan game (saves).

PlayStation Support memberi maklum balas dengan menawarkan penukaran nama ID untuk mendapatkan akses semula kepada akaun beliau. Namun tawaran tersebut ditarik balik beberapa hari kemudian dan pergantungan akaun ini diumum sebagai sebuah keputusan yang kekal oleh Sony.

Beliau juga memberi salinan pasport untuk membuktikan nama sebenar beliau, namun PlayStation Support menolak permohonan beliau sekali lagi atas sebab isu dengan Terma & Syarat mereka.

Isu ini menjadi viral di laman web sosial seperti Twitter dengan hashtag #PSNBANS dan #JihadGotBanned. sehingga mendapat tumpuan dari PlayStation UK dengan menawarkan akses semula akaun beliau namun banyak isu terjadi seperti akses PSN hanyalah untuk rantau UK, kehilangan beberapa PSN Trophy dan juga beberapa game yang tidak boleh diakses.

Al-Mofadda menyatakan beliau amat terharu dan kagum dengan maklum balas positif kepada beliau oleh komuniti gamers. Kebanyakannya menyokong kepada beliau dan juga berang terhadap keputusan Sony tentang isu ini.

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen