Alami Misi 16 Peringkat Dari Diablo Asal Didalam Diablo 3

Semalam, Blizzard mengeluarkan kemaskini baharu untuk pemain Diablo 3 alami 16 peringkat dari dunia klasik Diablo bersempena dengan ulangtahun Diablo yang ke-20. Kemaskini 2.4.3 ini akan hadir ke platform PS4, PC dan Xbox One dengan acara bernama The Darkening of Tristram, sebuah acara dengan misi 16 peringkat dari Diablo asal kepada pemain untuk bertempur.

Pelbagai kandungan atau loot baharu boleh didapati melalui acara ini. Untuk menambahkan lagi elemen retro untuk ulangtahun ini, Blizzard juga menggunakan efek grafik khas yang bernama RetroVision, sebuah efek grafik pixelated dan juga kesan bunyi retro buat sementara waktu untuk bulan Januari sahaja.

Lihat video dibawah dimana krew Blizzard menerangkan beberapa kandungan diberi mengenai kemaskini baharu ini:

Atas sambutan ulang tahun ini, Blizzard juga menawarkan diskaun untuk Diablo 3 khas pada pemain platform PC dengan diskaun sebanyak 50%.

Untuk maklumat lanjut tentang kemaskini ini, layari kenyataan media penuh disini.

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen