fbpx

Alien: Isolation Hanya RM3.75 Bersempena Dengan Sambutan Alien Day

26hb April adalah hari yang digelar sebagai Alien Day. Ianya sambutan yang dibuat didalam filem Alien 1979 oleh Ridley Scott. Tarikh yang ditetapkan adalah berdasarkan dari nombor siri LV-426, yang didedikasikan kepada bulan yang dimana makhluk alien diteroka buat pertama kalinya.

Nampaknya sambutan tersebut dibawa ke permainan video juga, dan dua permainan video dibawah lesen Alien mendapat diskaun yang sangat besar, malah, salah satunya diberi secara percuma untuk masa yang terhad.

Alien: Isolation, sebuah permainan seram oleh Creative Assembly, ditawarkan pada harga amat rendah, iaitu RM3.75 sahaja di platform Steam. Ya, hanya tiga ringgit. Malah, beberapa DLC juga ditawarkan pada harga dibawah RM5, dan koleksi penuh hanya beharga RM26.25 sahaja. Semestinya tawaran ini amat bagus jikalau anda minat permainan seram yang lebih memfokuskan kepada pertempuran.

Selain dari itu adalah Alien: Blackout, sebuah permainan mudah alih premium. Ianya juga ditawarkan secara percuma untuk masa terhad.

Dengan tambahan lagi 2 minggu untuk musim PKP di Malaysia, mungkin ini sebuah permainan yang sesuai untuk anda sekarang.

Berkaitan

- Iklan -

Komen