fbpx

Amazon Memasuki Dunia Permainan Video Melalui Servis Awanan Luna

Lagi satu pesaing didalam industri permainan video. Nampaknya syarikat teknologi gergasi melaburkan wang ringgit mereka didalam industri ini khususnya didalam bentuk servis awanan. Seperti yang kita boleh lihat, Microsoft dengan inisiatif Project xCloud dimana pemain boleh strim kepada peranti mudah alih, manakala Google dengan projek Stadia mereka.

Kali ini, tiba masa untuk Amazon dengan projek bernama Luna. Sebuah platform permainan awanan yang membolehkan pemain strimkan permainan secara terus dari pelayan awanan mereka tanpa muat turun terlebih dahulu.

Servis ini boleh menyokong sehingga 1080p / 60fps, dan pilihan 4K bakal dikenalkan kelak.

Sama seperti Google Stadia, Amazon Luna juga mempunyai alat kawalan mereka sendiri yang akan menyambungkan secara terus kepada pelayan Amazon. Ianya juga boleh digunakan sebagai alat kawalan yang lain dengan teknologi Bluetooth. Alat kawalan yang “hampir” serupa dengan Nintendo Switch Pro ini diintegrasikan dengan Alexa dan Twitch.

Mekanik harga juga agak berbeza dengan Stadia dimana anda perlu membeli setiap permainan yang anda ingini. Ianya juga berbeza dengan Microsoft dimana anda boleh langgan satu harga untuk akses semua permainan.

Luna mempunyai sistem langgan mengikut kepada “siaran” permainan, dengan harga USD $5.99 sebagai harga permulaan. Permainan-permainan dari Ubisoft bakal hadir dan mempunyai tanda harga yang lain kepada pengguna.

Setakat ini, servis Luna hanya ditawarkan untuk pengguna US buat masa ini. Untuk pasaran Asia Tenggara, mungkin tidak mustahil akan tetapi bukan masa terdekat, khususnya kepada ketidakstabilan internet yang kita punyai di rantau ini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -