fbpx

AMD Mengumum CPU Ryzen 5000 Dengan Kelajuan Sehingga 4.9GHz

Seperti yang dijanjikan oleh AMD, mereka akhirnya mengumumkan cip pemprosesan generasi baharu mereka dibawah arkitektur Zen 3. CPU siri Ryzen 5000 bakal mula dipasarkan pada 5hb November ini.

AMD mengumum 4 jenis CPU dibawah siri Ryzen 5000 baharu ini, seperti anda boleh lihat melalui senarai dibawah:

AMD Ryzen 5 (5600X)

  • Teras: 6
  • Bebenang: 12
  • Kelajuan Dasar: 3.7GHz
  • Kelajuan Galakan: 4.6GHz
  • Harga: $299 USD

AMD Ryzen 7 (5800X)

  • Teras: 8
  • Bebenang: 16
  • Kelajuan Dasar: 3.8GHz
  • Kelajuan Galakan: 4.7GHz
  • Harga: $449 USD

AMD Ryzen 9 (5900X)

  • Teras: 12
  • Bebenang: 24
  • Kelajuan Dasar: 3.7GHz
  • Kelajuan Galakan: 4.8GHz
  • Harga: $549 USD

AMD Ryzen 9 (5950X)

  • Teras: 16
  • Bebenang: 32
  • Kelajuan Dasar: 3.4GHz
  • Kelajuan Galakan: 4.9GHz
  • Harga: $799 USD

Mengikut dari AMD juga, prestasi untuk sesi permainan akan melihat peningkatan sehingga 26% dari generasi sebelumnya. Sebagai contoh, Shadow Of The Tomb Raider yang dimainkan melalui CPU 5900X mendapat 181 FPS anggaran berbanding dengan 141 FPS anggaran untuk 3900XT untuk permainan resolusi Full HD.

- Iklan -

Berikut adalah carta perbandingan peratusan peningkatan bagi AMD Ryzen 5900X melawan Ryzen 3900XT:

AMD juga tidak ketinggalan untuk membuat perbandingan dengan pesaing mereka, Intel. Melalui video pengumuman mereka semalam, AMD membuat perbandingan antara AMD Ryzen 5900X melawan dengan Intel Core i9-10900K.

Mengikut dari maklumat diberi, nampaknya arkitektur Zen 3 ini agak positif khususnya untuk prestasi semasa bermain permainan video. Apa pun, ianya masih awal untuk membuat ulasan, sama-sama kita nantikan maklumat lebih lanjut kelak.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -