Siapa yang tidak kenal dengan Digital Foundry, sebuah organisasi bebas di Youtube yang kerap membuat analisa teknikal untuk mengenalpasti kualiti grafik dan prestasi dari sesetengah permainan video terkenal.
Kali ini, mereka membuat sebuah lagi analisa yang amat mendalam dari dua permainan lumba kereta yang terkenal, Gran Turismo Sport dan Forza Motorsport 7.
Mungkin anda tahu, salah satu perkara yang mengecewakan peminat Gran Turismo adalah kekurangan model kereta yang disediakan didalam siri Sport. Namun ianya bersebab, kualiti grafik amat penting bagi Polyphonic Digital dan mereka amat komited dengan jumlah tenaga krew mereka yang terhad.
Mengikut dari video analisa mereka, ternyata kualiti grafik, khususnya pada bahagian dalam kereta amat terperinci untuk GT Sport berbanding Forza. Namun, bagi kualiti litar, khususnya tekstur jalan dan persekitaran, Forza mampu menyerlah walaupun dengan menggunakan elemen yang kurang.
Malah, Digital Foundry juga membuat lagi banyak analisa yang lebih mendalam, seperti teknik pencahayaan diguna, pantulan cahaya dan kawasan sekitar kepada kereta, cuaca, bayangan dari pokok atau papan tanda dan banyak lagi. Semuanya dijelaskan melalui video dibawah:
Gran Turismo Sport adalah sebuah permainan eksklusif PS4 yang dibina oleh Polphony Digital baru sahaja keluar dipasaran pada 17hb Oktober lalu, manakala Forza Motorsport 7 pada 3hb Oktober untuk Xbox One dan PC (melalui sistem cross-play).
Sumber Gambar: Euro Gamer