Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Anda Kini Boleh Mendengar Lagu Tema Permainan Capcom Didalam Spotify

85

Rejoice!

Capcom baru sahaja mengeluarkan hampir semua lagu tema permainan mereka didalam Spotify dibawah “artis” bernama Capcom Sound Team.

Dibawah label ini, banyak lagu yang boleh didengar seperti lagu dari versi asal Devil May Cry, kesemua lagu tema Megaman (iaitu siri 1 sehingga 11) dan juga lagu dari pemainan Monster Hunter World.

Namun, beberapa lagu adalah “region-lock”. Seperti Resident Evil 2 dan Resident Evil 2 Remake, hanya disediakan untuk pendengar dari Jepun. Malah, Ducktails dari NES juga tidak dapat dimainkan untuk para pendengar Malaysia.

Namun, ianya masih sebuah berita yang baik untuk sesiapa pun yang ingn mengembalikan nostalgia dengan mendengar nada lagu yang kita sering inginkan semasa sesi permainan.

Berikut adalah beberapa lagu yang and boleh dengari dibawah: