fbpx

Animal Crossing: NH Terjual Lebih 5 Juta Unit Di Bulan Mac – Tertinggi Dalam Sejarah Permainan Konsol

SuperData, sebuah anak syarikat penyelidikan terkenal Nielsen, mengeluarkan data mengenai statistik jualan permainan video digital untuk Mac 2020. Dari data tersebut, apa yang menarik perhatian kami adalah mengenai statistik jualan permainan baharu Nintendo, Animal Crossing: New Horizons.

Dilancarkan pada 20hb Mac untuk platform Nintendo Switch, permainan ini mencatat jualan yang amat memberangsangkan, iaitu 5 juta unit pada bulan Mac 2020. Sekaligus, mencatat rekod jualan permainan konsol terbanyak didalam bulan pertama yang sebelumnya dipegang oleh Call of Duty: Black Ops IIII. Apa yang lagi menarik adalah Animal Crossing mencapai jumlah kutipan ini hanya didalam masa 11 hari.

Dari data diatas, ternyata Crossing Horizons mencapai satu tahap yang membanggakan. Permainan ini ternyata telah ditunggu oleh banyak peminat, tambahan dengan situasi pandemik yang kita hadapi sekarang ini sekaligus memberi impak kepada prestasi jualannya.

Untuk data yang selebihnya, anda boleh lihat di Superdata.

Berkaitan

- Iklan -

Komen