Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Apple Menolak Permohonan Aplikasi The Binding of Isaac: Rebirth Untuk iOS

19

Jikalau anda tidak pernah mendengar tentang game ini, ianya adalah sebuah genre Indie yang mempunyai banyak pujian dan dipasarkan untuk pelbagai platform, dari PlayStation 4, PC, Xbox One, Vita, 3DS dan juga Wii U.

Namun tidak bagi platform Apple, yang dimana Tyrone Rodriguez, selaku pemilik studio disebalik pembikinan The Binding of Isaac: Rebirth menyatakan ketidak puas hati beliau pada syarikat gergasi ini atas sebab penolakan permohonan game tersebut untuk platform iOS.

Sebab penolakan adalah dengan bersebab 15.2: “Aplikasi anda mempunyai unsur yang menggambarkan keganasan, atau penderaan kepada kanak-kanak yang dimana tidak dibenar didalam mana-mana aplikasi.”