Pada Disember yang lalu, pengeluar motherboard ASRock telah menghasilkan motherboard dan kemaskini BIOS dengan kebolehan overclock (Sky OC) untuk CPU Intel tanpa SKU “K” (untuk proses overclock). Namun begitu, Intel tidak begitu gembira dengan tindakan ASRock ini dengan mengedarkan kemaskini kod mikro (microcode) pada Februari lalu untuk menutup ciri overclock tidak rasmi ini dengan alasan bahawa CPU yang tidak dipasarkan untuk proses overclock tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian kerana kecacatan pada cip tersebut akan menyebabkan ketidakstabilan pada sistem dan berpotensi membahayakan integriti CPU tersebut.
Tetapi, ASRock mengabaikan arahan Intel dengan mengembalikan fungsi overclock tidak rasmi ini dengan menambah modul penjana clock luaran pada motherboard terbaharu mereka. Dengan modul luaran, Intel tidak boleh menghalang menggunakan kod mikro mereka yang dibuat khas untuk arkitektur CPU dan bukan untuk modul luaran.
Penjana clock luaran ini boleh menambah kelajuan clock CPU dengan kenaikan clock asas (BCLK) sebanyak 0.0625 MHz seperingkat. Motherboard yang bakal menerima fungsi ini antaranya ialah ASRock Fatal1ty H170 Performance/Hyper dan Fatal1ty B150 Gaming K4/Hyper. Harga masih belum ditentukan dan akan diumumkan tidak lama lagi.
Nota penulis: ASRock: Rock Solid, Heart Touching. Memang rock solid punya jiwa, hati kering tak dengar cakap big boss Intel hehe.