Anda mungkin terlupa, dua siri Assassin’s Creed pernah dilancarkan sekaligus pada tahun yang sama, iaitu pada tahun 2014. Salah satunya adalah siri yang agak kontroversi dengan bug dan ketidakstabilan, Unity dan Rogue, namun dilancarkan pada generasi lepas. Bagi kami ianya bukanlah sebuah permainan yang tidak baik, hanya ianya dilancarkan pada waktu yang salah untuk generasi “lama”.
Setahun selepas itu, Ubisoft melancarkan Rogue untuk pasaran PC, namun versi remastered mengambil masa yang agak lama untuk konsol generasi kini.
Assassin’s Creed Rogue membawa Shay Patrick Cormac, selaku watak utama yang dimana beliau berpaling tadah ke Templars, sebuah puak yang menjadi musuh utama bagi Assassins setelah sekian lama. Rogue juga membawakan tema pra-revolusi Amerika, sebuah tema dari siri ketiga Assassin’s Creed.
Versi remaster ini akan membawa resolusi yang lebih tinggi, tekstur yang lebih baik, dan beberapa butiran ditambahbaik untuk tampak lebih cantik khususnya dengan sokongan 4K untuk PS4 Pro dan Xbox One X. Ianya juga membawa ksemua kandungan tambahan, DLC, expansion berserta pakaian yang diinspirasi oleh Bayek, watak utama Assassin’s Creed Origins.
Assassin’s Creed Rogue Remastered ini akan dilancarkan pada 20hb Mac nanti untuk PS4 dan Xbox One.
Artikel Asal: Gamer Matters