Seperti kita tahu, semalam, Ubisoft mengeluarkan teaser dimana entri terbaru untuk siri Assassin’s akan dipaparkan pada hari ini. Ianya benar bahawa Assassin’s Creed akan dikeluarkan 23hb Oktober ini.
Game terbaru ini bernama Assassin’s Creed Syndicate akan menempatkan lokasi set London pada tahun 1868.
“Ianya adalah suasana dan kota untuk mencari pendapatan dan penuh dengan kesibukan siang dan malam” kata pembina game ini, Ubisoft Quebec.
Bermain sebagai Jacob Frye, seorang Assassin dimana suka mencari situasi yang ekstreme dan lebih minat hidup dengan lagak ngeri. Beserta dengan karakter terbaru ini, kakak beliau, Evie Frye juga akan berganding bersama dalam jalan cerita Syndicate ini.
Game terbaru ini akan memberikan pengalaman yang baru seperti pergerakan yang lebih pantas dan lancar dengan teknik parkour. Kadungan baru juga disediakan seperti senjata brass knuckle, keretapi dimana anda boleh menaikinya untuk perjalanan antara lokasi dengan lebih cepat.
Ikuti video dibawah untuk paparan game ini: