fbpx

Assassin’s Creed Valhalla Diumum, Bertemakan Era Viking

Ubisoft telah mengumumkan siri Assassin’s Creed yang seterusnya, namun dengan butiran yang terhad.

Diberikan nama Assassin’s Creed Valhalla, ianya diperlihat seperti permainan dunia terbuka yang bertemekan era Viking. Siri Assassin’s Creed telahpun ditukarkan secara drastik seperti tema dan juga pengalaman permainan. Contohnya, Origins, merupakan tajuk pertama yang membawakan siri ini kepada aksi-RPG dengan zaman kuno Mesir, manakala Odyssey ditempatkan di zaman Yunani.

Pengumumannya agak menarik melalui striman selama 8 jam dimana pereka bentuk, BossLogic mereka dengan seni reka untuk Assassin’s Creed Valhalla. Mungkin 8 jam terlalu lama, maka berikut adalah video yang dipendek kepada hampir 4 minit dibawah:

Maklumat lanjut seperti trailer pelancaran akan diumum pada jam 11 malam nanti.

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen