Acara Computex 2017 yang telah berlangsung di Taipei akhirnya selesai dengan jayanya semalam.
Pelbagai produk teknologi dan komputer diperlihat semasa acara tersebut, malah Acer juga mengambil kesempatan dengan mengumumkan Aspire Nitro Laptop Gaming mereka dengan harga mampu milik.
Baca: Acer Unveils The Aspire Nitro 5 Gaming Laptop
ASUS, juga tidak ketinggalan untuk memaparkan produk-produk baharu mereka. Pada 23hb Mei yang lepas, mereka pernah memuat naik video sebagai “teaser” kepada umum mengenai produk laptop gaming mereka didalam siri Republic of Gamer (ROG) yang akan hadir dengan cip pemprosesan Ryzen secara julungkalinya di dunia.
ROG STRIX GL702ZC adalah laptop yang membawa cip Ryzen 7 1700 yang mempunyai 8-teras dan disertai dengan kad grafik jenis RX 580. Manakala skrin laptop tersebut adalah jenis panel IPS bersaiz 17.3″ dengan sokongan teknologi FreeSync.
Rupa luaran pula membawakan identiti elemen ROG itu sendiri dengan warna hitam dan aliran merah.
Maklumat harga dan tarikh pelancaran masih lagi tidak diberi buat masa ini.
Sumber: Laman web rasmi Asus