fbpx

ASUS Mengumumkan Telefon Pintar Gaming – ROG Phone Dengan Skrin 90Hz

Setelah sekian lama ASUS dikaitkan dengan khabar angin telefon pintar khusus gaming, akhirnya ianya menjadi kenyataan di acara Computex hari ini. ASUS menyertai arena ini dengan jenama Republic Of Gamers mereka, selepas jenama lain mencanangkan status “gaming smartphone” mereka, iaitu Razer dan Xiaomi.

ROG Phone dipakejkan dengan cip pemprosesan yang paling pantas untuk peranti mudah alih setakat ini, iaitu Qualcomm Snapdragon 845 yang berkuasa sebanyak 2.96GHz. Ianya juga disertakan dengan cip grafik Adreno 630 GPU. Uniknya, ROG Phone adalah sebuah telefon pintar seumpamanya yang menggunakan sistem penyejukan wap dengan kipas tambahan yang boleh ditangalkan. Sebagai rujukan, sistem penyejukan wap ini telah digunakan secara meluas dan juga salah satu faktor jualan unik untuk konsol Xbox One X, sebuah fungsi yang mampu menyejukkan konsol yang berkuasa tinggi namun didalam reka bentuk yang kompak.

ROG Phone juga didatangkan dengan skrin paparan 90Hz (2160 x 1080) panel AMOLED dengan sokongan HDR, RAM sebanyak 8GB, bateri berkapasiti 4,000mAh, tiga port USB-C, dan sistem ultrasonic sensors.

Pelbagai aksesori juga diumum oleh ASUS, seperti Mobile Desktop Dock, alat kawalan Gamvice dan sebuah dock yang mengeluarkan pameran skrin tambahan (seperti Nintendo 3DS) yang bernama WiGig Dock atau TwinView Dock.

Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai penjualannya di Malaysia, semestinya kami akan berikan maklumat terkini secepat mungkin di Gamer Malaya.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -