Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Asus ROG GL533 Mendapat Diskaun Untuk Black Friday

63

Jikalau anda sedang mencari laptop untuk gaming, ASUS Malaysia baru sahaja mengumumkan penurunan harga bagi model ROG GL533, hanya untuk promosi Black Friday.

GL533 adalah sebuah laptop gaming yang didatangkan dengan Intel i7 Generasi ke-7, Nvidia GTX 1050, 4GB RAM dan storan sebanyak 1TB. Pembeli juga boleh membuat pilihan untuk 128GB storan SSD dan 8GB RAM.

Laptop tersebut kini RM400 murah dari harga biasa, GL533V-DD635T kini berharga RM4,199 manakala varian tertinggi GL553V-DDM282T berharge RM4,599.

Anda juga boleh mendapat diskaun tambahan sebanyak RM200 jikalau pembelian dibuat melalui laman rasmi Lazada dengan kod baucar: IN200TEL.

Sudah semestinya ROG GL533 kena dengan harga yang ditawar sebagai gaming laptop mampu milik oleh ASUS dengan spesifikasinya yang baik. Tambahan pula dengan diskaun dan tawaran ini, kami yakin ini adalah sebuah laptop untuk sesiapa yang inginkannya untuk bermain permainan video terkini.

Artikel Asal: Gamer Matters