Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

ASUS ROG Strix II Dengan RTX Hadir Ke Malaysia, Harga Bermula RM6499

174

Laptop gaming dikuasakan oleh pemproses grafik (GPU) Nvidia RTX dari ASUS akan hadir ke Malaysia tidak lama lagi. 2 model akan ditampilkan iaitu ROG Strix SCAR II dan ROG Strix Hero II. SCAR lebih fokus untuk pemain FPS dan Hero untuk pemain MOBA. Kedua-dua model ini dibezakan dengan tumpuan nyalaan lampu di papan kekunci, WASD untuk SCAR (FPS) dan QWER untuk Hero (MOBA).

ROG Strix SCAR II
ROG Strix II

ROG Strix Hero II hanya hadir dengan satu (1) varian (GL504G-VES044T) dilengkapi dengan Nvidia Geforce RTX 2060 dan paparan 15.6 inci sahaja. Manakala ROG Strix SCAR II hadir dengan 3 varian, pilihan skrin 15.6 inci/17.3 inci dan pilihan RTX 2060/RTX 2070.

Berikut adalah senarai spesifikasi setiap model dan varian:

ROG Strix Hero II (GL504G-VES044T)

  • CPU: Intel Core i7-8750H
  • GPU: Nvidia GeForce RTX 2060 GDDR6 6GB VRAM
  • RAM: 8GB DDR4 2666
  • Storan: 512GB M.2 SSD PCIE NVME
  • Paparan: 15.6″ 1920×1080, 140Hz
  • Harga: RM6,499

ROG Strix SCAR II (GL704G-VEV028T)

  • CPU: Intel Core i7-8750H
  • GPU: Nvidia GeForce RTX 2060 GDDR6 6GB VRAM
  • RAM: 16GB DDR4 2666
  • Storan: 512GB M.2 SSD PCIE NVME
  • Paparan: 17.3″ 1920×1080, 140Hz
  • Harga: RM6,999

ROG Strix SCAR II (GL504G-WES053T)

  • CPU: Intel Core i7-8750H
  • GPU: Nvidia GeForce RTX 2070 GDDR6 8GB VRAM
  • RAM: 16GB DDR4 2666
  • Storan: 512GB M.2 SSD PCIE NVME
  • Paparan: 15.6″ 1920×1080, 140Hz
  • Harga: RM8,999

- Iklan -

ROG Strix SCAR II (GL704G-WEV046T)

  • CPU: Intel Core i7-8750H
  • GPU: Nvidia GeForce RTX 2070 GDDR6 8GB VRAM
  • RAM: 16GB DDR4 2666
  • Storan : 512GB M.2 SSD PCIE NVME
  • Paparan: 17.3″ 1920×1080, 140Hz
  • Harga: RM9,299

Kesemua laptop ini boleh didapati bermula 29 Januari 2019. Seperti dijangkakan, harga yang premium untuk laptop RTX rasmi terawal di Malaysia. Poket anda perlu sedalam laut jika ingin teknologi ray-tracing dan optimisasi berkuasa AI mudah alih ini.