Asus Malaysia telah melancarkan beberapa laptop gaming mereka yang dikuasakan oleh Intel termasuklah model yang dinantikan, ROG Zephyrus Duo.
Ini adalah model baharu untuk siri keluarga laptop gaming nipis Zephyrus dan ianya juga adalah salah satu model yang paling tidak masuk akal sekali. Ianya mempunyai dua skrin dan dijual pada harga RM19,999, satu tag harga yang bakal menggugat status bangsawan-bangsawan sekalian.
ROG Zephyrus Duo juga mempunyai skrin berkelajuan 300Hz dan dilengkapkan dengan panel 100% sRGB. Skrin kedua adalah skrin sesentuh yang amat berguna untuk pencipta kandungan atau sesiapa didalam industri kreatif. Skrin ini juga boleh digunakan semasa sesi bermain untuk sesetengah permainan video.
Berikut adalah spesifikasi penuh laptop gaming ini:
GX550L-XSHC064R
- CPU: Intel Core i9-10980HK
- GPU: Nvidia GeForce RTX 2080 Super Max-Q 8GB GDDR6
- RAM: 32GB DDR4 2666MHz (16GB x2)
- Storan: 2TB (M.2 NVMe PCIe 3.0 x 4 1TB + 1TB SSD with RAID 0 support)
- Paparan: 15.6 inci, Skrin tanpa silau UHD (3840 x 2160), panel IPS 60Hz, 100% Adobe RGB, Pantone Validated, G-Sync dengan 14.1-inch (3840 x 1100) skrin sesentuh
- Harga: RM19,999
Satu lagi model, iaitu GX550L-XSHF127T akan disertakan dengan skrin kelajuan 300Hz bakal hadir pada September ini, manakal spesifikasi yang lain adalah sama seperti disebut diatas.
Kesemua model Zephyrus tahun 2020 didatangkan dengan pengecas yang kecil dan ringan berjenis type-C dengan kuasa 65W, dan dalam masa yang sama pengecas biasa juga akan diberi.
Penyejukan laptop ini akan menggunakan teknologi cecair logam berbanding dengan teknologi konvesional iaitu pes termal.
Semestinya ini adalah satu laptop gaming paras tertinggi dan mensasarkan pembeli yang mempunyai sebab tertentu. Namun satu pujian harus diberi pada ROG pada mesin ini, atas pencapaian mereka untuk menghasilkan laptop berkuasa tinggi dengan kenipisan serendah 20mm.