fbpx

Soloz Dinobat Oleh Malaysia Book of Records Kerana Atlit Esukan Mempunyai Pengikut Paling Ramai Di Facebook

Soloz, salah seorang atlit esukan tempatan yang terkenal dinobatkan oleh Malaysia Book of Records sebagai atlit Esukan yang mempunyai paling ramai pengikut di Facebook berbanding dengan atlit-atlit yang lain.

Pakar didalam permainan Mobile Legends, beliau sebelumnya aktif didalam esukan dan mewakili Malaysia melalui Team Shopee Bosskurr di beberapa perlawanan di Indonesia, Filipina dan beberapa kejohanan esukan yang lain.

Beliau kini aktif membuat strim sebagai pencipta kandungan individu yang dimana mempunyai anggaran penonton sebanyak 600,000 pada setiap striman. Mahupun kebanyakan video beliau adalah memfokuskan kepada Mobile Legends, namun beliau juga kadangkala membuat striman terhadap permainan video yang lain.

Anda boleh lihat dan ikuti beliau melalui akaun Facebooknya, Soloz.

Sumber: Malaysia Book of Records melalui Kitamen.

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen