fbpx

Bandai Namco Melancarkan VR Zone di Tokyo, Jepun

Bandai Namco, akan buka sebuah konsep digital baharu yang bernama “VR Zone: Project i Can” di Tokyo, Jepun pada 15hb April sehingga pertengahan Oktober, mengikut dari kenyataan rasmi mereka.

Tujuan VR Zone dibuka adalah sebagai fasiliti penyelidikan yang dimana Bandai Namco boleh mendengar pelbagai pendapat dan maklum balas daripada umum untuk penambah baik industri realiti maya (VR) ini. Syarikat Jepun ini juga berminat untuk menumpukan projek pembangunan VR untuk masa hadapan.

Beberapa game boleh dimainkan melalui VR Zone ini, seperti:

Fear of Heights Show – Sebuah game yang mencabar semangat pemain khususnya kepada individu yang gayat pada ketinggian. Pemain perlu menyelamatkan kucing yang tersadai pada kayu yang tergantung pada 200 meter tinggi dari paras darat.

Skii Rodeo – Pemain bermain sebagai ski didalam kawasan gunung yang curam.

Real Drive – Permainan perlumbaan.

Escape Ward Omega – Game yang berkonsepkan seram dan mengejutkan didalam kawasan hospital yang ditinggal lamanya.

Train Master – Pemain perlu mengendali keretapi seperti didalam dunia yang sebenar.

Argyle Shift – Lebih kepada tema aksi dimana pemain berlawan didalam kokpit robot.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -