fbpx

Bantahan Dasar Imigresen Trump – Insomniac Games Bersuara, Turut Serta Studio Pembina Yang Lain

Beberapa hari yang lepas Donald Trump, Presiden baharu untuk negara US membuat pengumuman yang mengejutkan kepada banyak pihak mengenai keputusan beliau atas dasar imigresen baharu yang menyekat kemasukan dari tujuh negara yang majoritinya adalah beragama Islam.

Ramai yang tidak menyokong dengan keputusan ini, termasuklah studio pembina permainan terkenal Ratchet & Clank, Imsoniac Games. Didalam video diatas, Ted Price selaku CEO bersama staf syarikat ini menyampaikan mesej bantahan dengan dasar baharu ini dan berhasrat bahawa rakyat US untuk melakukan sesuatu untuk membatalkan kempen dasar ini.

[blockquote cite=”Ted Price, CEO Imsoniac Games”]“There’s no question that these orders will harm us as a company and many of our team members. So we ask ‘Is this the American way? Is discriminating based on religious faith or national origin American?’ Absolutely not.”[/blockquote]

Memetik dari kenyataan beliau diatas, Ted terus terang memberi mesej bahawa Imsoniac Games sama sekali tidak menyokong apa-apa gerakan / dasar yang menggalakkan isu diskriminasi.

Susulan dari dasar baharu ini, studio / pembina yang lain juga menyatakan kekecewaan mereka seperti Raph Koster (Star Wars Galaxies & EverQuest 2), Rami Ismail (Nuclear Throne) mahupun Satya Nadella, CEO syarikat Microsoft yang membantah isu imigresen ini.

Imsoniac Games adalah sebuah studio yang ditubuhkan di US dan kini mempunyai hampir 200 staf di pejabat mereka di Burbank, California dan juga Durham, North Carolina.

Mereka pernah mencipta banyak permainan video terkenal seperti siri Ratchet & Clank, Sunset Overdrive, Spyro the Dragon dan juga Resistance. Manakala permainan yang masih didalam pembinaan adalah Spider-Man dan The Unspoken.

Ratchet & Clank (2016) Review


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -