Jikalau anda masih ingat, syarikat gergasi Korea, Samsung pernah menarik balik penjualan telefon pintar Galaxy Note 7 atas sebab isu bateri yang bahaya sehingga boleh melibatkan letupan. Kali ini ianya diperkatakan bahawa kilang yang membekalkan bateri untuk peranti tersebut adalah kilang sama untuk bateri konsol hibrid, Nintendo Switch.
Tiada kenyataan rasmi diberi setakat ini namun sumber yang dikenalpasti oleh Nintendo Today mengesahkan bateri Nintendo Switch akan dibekalkan oleh Amperex, iaitu syarikat yang sama membuat bateri gantian untuk Note 7 yang pernah mengahadapi isu yang sama.
Namun isu tersebut terjadi atas sebab reka bentuk telefon pintar tersebut yang nipis dengan kapasiti bateri yang amat tinggi. Maka pembeli tidak perlu risau dengan isu ini terhadap Nintendo Switch yang akan dipasarkan kelak.
Nintendo Switch akan mula dipasarkan pada 3hb Mac 2017 ini dengan harga RM2,299 sebagai harga permulaan.