Sumber menyatakan bahawa EA (Electronic Arts) telah menyatakan siri Battlefield baharu akan dilancarkan pada tahun 2016.
Blake Jorgenson selaku CFO kepada EA menyatakan “Kami mempunyai hasrat untuk melancarkan game first-person shooter sebagai siri game utama kami untuk tahun hadapan dan tahun-tahun yang seterusnya. Star Wars: Battlefront tahun ini dan Battlefield pada tahun hadapan.”
Setakat ini Jorgenson tidak menyatakan apa-apa berita mengenai game baharu daripada siri Bad Company.
Berbanding dengan Battlefield: Hardline yang mempunyai kategori tersendiri, siri Battlefield yang terakhir adalah pada tahun 2013 iaitu Battlefield 4 yang mempunyai banyak pujian dengan kualiti gameplay terbaik namun sedikit impak negatif terhadap isu pelancaran permainan secara online.

