fbpx

Bekas Pekerja Maxis Mendapat Peruntukan Untuk Syarikat Baharu Mereka

Studio disebalik pembinaan game SimCity, Maxis telahpun ditutup oleh EA (Electronic Arts) semenjak tahun lepas. Namun beberapa bekas pekerja mereka berkumpul dengan menubuhkan syarikat baharu bernama Magic Fuel Games untuk projek game didalam platform mudah alih.

Malah mereka juga mendapat peruntukan sebanyak USD2.4 Juta oleh sebuah syarikat video game dari China, SeaSun Games.

Magic Fuel ditubuhkan semenjak tahun 2015 dengan bertujuan untuk mencipta “generasi baharu untuk game didalam platform mudah alih” dengan berbekalkan pengalaman mereka semasa bekerja di Maxis dan EA untuk projek-projek game seperti The Sims, Spore dan SimCity.

[blockquote cite=”Kevin Shrapnell, Magic Fuel CEO”]“Bekerjasama dengan Seasun Games ini memberikan peluang kepada kami untuk ke pasaran di China.”[/blockquote]

Kevin juga pernah menyandang jawatan Pengarah Pembangunan Produk didalam EA sebelum ini.

 

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen