Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

Berikut Adalah Pasukan Yang Akan Bertanding Di The Major League

5

The Major League, Presented By Celcom adalah sebuah kejohanan eSukan Dota 2 yang akan diadakan pada 20hb-22hb Oktober nanti, dan senarai 8 pasukan juga telah dimuktamadkan untuk merebut hadiah kumpulan sebanyak RM300,000. 7 dari mereka adalah pasukan dari rantau Asia manakala satu lagi adalah pasukan Malaysia melalui pilihan wildcard.

Sebelum ini, pusingan kelayakan telah diadakan dengan hadiah kumpulan RM10,000 diberi. Pusingan tersebut telahpun 15hb Oktober lepas dengan 78 pasukan menyertai untuk mendapat slot wildcard itu.

Berikut adalah 8 pasukan yang bertnading untuk The Major League Finals nanti:

  • EHOME (China)
  • Clutch Gamers (Thailand)
  • Evos (Indonesia)
  • iG Vitality (China)
  • Execration (Philipphines)
  • Warriors Gaming Unity (Malaysia)
  • Fnatic (Malaysia)
  • Team High Ground (Malaysia)

Pertandingan ini akan diadakan di Edu City Sports Arena, Johor pada 20hb-22hb Oktober nanti. Untuk maklumat lanjut seperti pembelian tiket boleh dibuat melalui laman web rasmi mereka.

Artikel Asal: Gamer Matters