fbpx

Berikut Adalah Permainan Percuma Xbox Live Gold Untuk Bulan Jun

Empat lagi permainan percuma bakal dinikmati oleh pelanggan Xbox Live Gold untuk bulan Jun. Sama seperti bulan lepas, permainan percuma ini akan diberi didalam dua bahagian dengan perbezaan tarikh. Bahagian pertama adalah pada 1hb Jun, manakala 16hb Jun untuk bahagian kedua.

Permainan yang diberi adalah seperti berikut:

Versi Xbox One sahaja

  • Shantae and the Pirate’s Curse: Boleh dituntut pada 1hb Jun sehingga 30hb Jun.
  • Coffee Talk: Boleh dituntut pada 16hb Jun sehingga 15hb Julai.

Versi Xbox One & Xbox 360

  • Destroy All Humans!: Boleh dituntut pada 1hb Jun sehingga 15hb Jun.
  • Sine Mora: Boleh dituntut pada 16hb Jun sehingga 30hb Jun.

Nampaknya kualiti senarai permainan bulan ini amat kurang menyengat jikalau dibandingkan dengan bulan lepas mahupun dengan senarai PS Plus pada bulan Jun yang menyertakan dua permainan berskala AAA.

Permainan-permainan diatas boleh mula dimuat turun mengikut tarikh yang ditetapkan dengan langganan aktif Xbox Live Gold dan Xbox Game Pass.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -