Tahun baharu, nafas baharu, namun agak menarik apa pabila kita menoleh kebelakang untuk lihat apa yang terjadi pada tahun sebelumnya. Steam mengeluarkan senarai permainan video yang dijual dengan baik didalam platform mereka.
Senarai ini adalah dari segi prestasi jualan yang baik dari permainan video, DLC dan jumlah mikro-transaksi yang dibeli.
Malah, senarai permainan tersebut mempunyai pelbagai peringkat; Platinum, Gold, Silver dan Bronze. Platinum adalah untuk 12 permainan yang teratas, Gold untuk seterusnya sehingga 24, 25 ke 40 adalah untuk Silver dan Bronze untuk tangga sehingga nombor 1000.
Sudah semesti tarikan utama adalah peringkat pertama mereka, Platinum seperti dibawah:
- Ghost Recon Wildlands
- ARK: Survival Evolved
- H1Z1
- CS:GO
- Rocket Leauge
- Dota 2
- PUBG
- Rainbow Six: Siege
- The Witcher 3: Wild Hint
- Grand Theft Auto V
- Warframe
- Divinity Original Sin II
Steam juga mengeluarkan beberapa senarai yang lain, seperti tangga permainan VR dengan jualan yang baik, dan permainan yang mendapat angka pemain yang tinggi. Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana mereka membuat senarai tersebut, anda boleh lihat disini.
Sumber melalui: PC Gamer
Artikel asal: Gamer Matters