fbpx

Berkongsi Video Dan Tangkap Gambar Ke Sosial Media Kini Lebih Mudah Di Xbox

Konsol generasi kini telahpun menggunakan teknologi “berkongsi ke sosial media” khususnya PlayStation melalui alat kawalan DualShock 4 dengan butang dedikasi. Nintendo pula mula mengikuti tren tersebut dengan butang tangkap gambar. Kini, Microsoft pula memperkenalkan butang fungsi yang sama untuk Xbox dengan alat kawalan baharu mereka.

Namun, Xbox membawakan fungsi yang lebih mudah untuk pemain berkongsikan tangkap gambar dan klip video terus ke sosial media. Malah ianya boleh dibuat melalui aplikasi Xbox baharu.

Melalui video diatas, anda boleh lihat bagaimana butang tersebut berfungsi. Butang kongsi baharu ini terletak diantara dua butang menu dan guide. Tekan sekali untuk kongsi tangkap gambar, manakala tekan untuk beberapa saat untuk klip video.

Sumber: Xbox Wire, melalui Gamer Matters.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -