fbpx

Bermain DOTA 2 / CS:GO Tanpa Had Kuota Dengan U Mobile Game-Onz

U Mobile, salah satu syarikat telco Malaysia kini memberi perkhidmatan tambahan Game-Onz kepada pelanggan mereka khususnya untuk sesiapa ingin bermain permainan dalam talian dimana sahaja mereka berada.

Game-Onz, adalah sebuah pelan baharu yang seumpamanya di Malaysia yang dimana pelanggan U Mobile boleh bermain game seperti Dota 2, Counter Strike: Global Offensive mahupun permainan dalam talian terkenal yang lain tanpa had kuota internet dengan pakejnya tersendiri.

Harga yang ditawarkan adalah serendah RM18 dengan data tanpa had untuk bermain permainan dalam talian selama 7 hari. Antara pakej lain yang menarik seperti dibawah:

Seperti skrin gambar diatas, 3 pakej disediakan untuk dilanggan. Dengan harga minima RM18 untuk data Game-Onz tanpa had + 500MB data selama 7 hari, RM50 untuk sebulan dengan 10GB data Game-Onz + 2GB data dan RM70 untuk sebulan dengan data tanpa had Game-Onz + 4GB data.

Berikut adalah permainan dalam talian yang boleh dimain dengan pakej Game-Onz ini:

  • DOTA 2
  • League of Legends
  • Counter Strike: Global Offensive
  • FIFA Online 3
  • Team Fortress 2
  • Blackshot
  • Echo of Soul

Dengan program ini, sekaligus U Mobile adalah sebuah syarikat telco prabayar yang pertama menyediakan pakej data khas untuk permainan dalam talian.

Untuk melanggan pakej Game-Onz ini, U Mobile menyediakan dua cara, sama ada melalui MyUmobileApp (Android / Apple), mendail ataupun melalui SMS. Berikut adalah cara-cara untuk melanggan:

Bersempena dengan pelancaran pakej Game-Onz ini, U Mobile juga menyediakan kemudahan tambah nilai kredit dengan nilai yang menarik seperti MOL points dan Steam Wallet Codes. Manakala Garena Shells dan Playone Playcash boleh didapati tidak lama lagi. Ianya boleh dibeli secara penolakan kredit prabayar pengguna U Mobile seperti dibawah:

- Iklan -


Layari laman web U Mobile Game-Onz untuk maklumat lanjut.




JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

- Iklan -