fbpx

Beta Terbuka Overwatch Dilanjutkan Selama Sehari

Jikalau anda sedang terhibur dengan beta terbuka Overwatch dan takut terkejar masa tentang tarikh tutupnya? Usah risau ianya kini dilanjutkan selama sehari.

Pada asalnya Blizzard telah menyatakan bahawa beta terbuka Overwatch boleh dimain sehingga 9hb Mei 2016. Namun kini kenyataan baharu oleh Blizzard dikeluarkan bahawa ianya akan ditutup pada 10hb Mei 2016.

Lanjutan ini akan dibuat terhadap semua platform.

Kenyataan ini dibuat bersempena tanda terima kasih oleh mereka terhadap jumlah pemain yang besar untuk beta terbuka ini.

Overwatch akan mula dipasarkan pada umum 24hb Mei ini untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -