Beta Terbuka Star Wars Battlefront II Hujung Minggu Ini

Now Reading
Beta Terbuka Star Wars Battlefront II Hujung Minggu Ini

Star Wars Battlefront II baharu pernah diumumkan oleh EA beberapa bulan yang lepas, kini akan mendapat beta terbuka. Setelah EA dan DICE mendapat pelbagai maklum balas dari siri pertamanya, kini mereka komited untuk memberikan pengalaman baharu dan serba sempurna untuk pemain.

Beta ini akan dibuka kepada semua pada 6hb Oktober, 4PM manakala kepada sesiapa yang telah menempah permainan ini akan mendapat lebih awal, iaitu pada 4hb Oktober. Beta ini akan tamat tempoh pada 9hb Oktober, 12AM.

Galactic Assault, sebuah permainan mod 20 lawan 20 yang telah ditunjukkan pada acara E3 lepas akan diberi. Starfighter Assault on Fondor (untuk perlawanan di angakasa melalui kapal pejuang), Strike on Takodana (berdasarkan Star Wars Episode VII The Force Awakens) dan mod Arcade juga diberi.

Beta ini akan dikeluarkan untuk platform PS4 dan Xbox One. Manakala berikut adalah spesifikasi minima untuk pemain PC:

Minimum Requirements

OS: 64-bit Windows 7 SP1, Windows 8.1 and Windows 10
Processor (AMD): AMD FX-6350
Processor (Intel): Intel Core i5 6600K
Memory: 8GB RAM
Graphics card (AMD): AMD Radeon™ HD 7850 2GB
Graphics card (NVIDIA): NVIDIA GeForce® GTX 660 2GB
DirectX: 11.0 Compatible video card or equivalent
Online Connection Requirements: 512 KBPS or faster Internet connection
Hard-drive space: 55GB

Recommended Requirements

OS: 64-bit Windows 10 or later
Processor (AMD): AMD FX 8350 Wraith
Processor (Intel): Intel Core i7 6700 or equivalent
Memory: 16GB RAM
Graphics card (AMD): AMD Radeon™ RX 480 4GB
Graphics card (NVIDIA): NVIDIA GeForce® GTX 1060 3GB
DirectX: 11.1 Compatible video card or equivalent
Online Connection Requirements: 512 KBPS or faster Internet connection
Hard-drive space: 55GB

Star Wars Battlefront II akan mula dipasarkan pada 17hb November nanti.

Artikel asal: Gamer Matters

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen