Ubisoft telah melancarkan beta tertutup untuk game akan datang, Rainbow Six Siege bermula dari 24hb September lepas. Beta ini dibuka secara jemputan untuk platform PlayStation 4, PC dan Xbox One.
Mengikut kepada sumber dari GameSpot.com, pihak pembina game ini akan mengeluarkan lebih banyak jemputan pada masa terdekat. Ini adalah kerana, untuk mereka mendapat lebih banyak pendapat dan maklum balas dari pemain.
[Artikel Berkaitan]: Taman Tema Ubisoft di Kuala Lumpur
Ubisoft berkata tujuan untuk beta tertutup ini adalah untuk mencuba kemampuan mekanik game ini secara online dari segi infrastruktur dan kepuasan prestasi multiplayer. Juga merekodkan beberapa perkara berbanding percubaan alpha yang lepas.
Rainbow Six Siege akan mula dipasarkan pada Disember ini setelah penundaan daripada tarikh asal didalam bulan Oktober.

